Project:Perihal
Translatewiki.net ialah platform penyetempatan untuk komuniti penterjemah, komuniti bahasa, dan projek bebas dan sumber terbuka. Ia bermula dengan penyetempatan untuk MediaWiki, kemudian disusuli oleh sambungan MediaWiki, FreeCol dan banyak lagi projek bebas dan sumber terbuka. Sila rujuk senarai penuh projek yang disokong.
Translatewiki.net bukan sebuah projek Yayasan Wikimedia, ataupun mana-mana yayasan projek sumber terbuka. Ia dikendali oleh Nike dan Siebrand, dua orang pembangun yang banyak pengalaman dalam i18n dan L10n, di samping ramai lagi ahli kakitangan. Kefungsian penterjemahan disediakan oleh sambungan MediaWiki Translate. Wiki ini sentiasa mengandungi kod eksperimen dan mungkin adakalanya terjejas. Sila bersabar kerana masalah-masalah biasanya diselesaikan segera. Sebarang masalah boleh dilaporkan di laman bantuan.
Mengapa gunakan translatewiki.net
- Alat penterjemahan terbaik yang ada di sesawang. Segala kemas kini pada penyetempatan dilakukan pada antaramuka yang mudah, lebih-lebih lagi dengan petugas-petugas yang boleh membantu para penterjemah. Apabila menterjemah, petunjuk disediakan demi kefahaman anda tentang erti dan penggunaan yang betul, di samping cadangan-cadangan dari perkhidmatan ingatan atau penterjemahan mesin.
- Tak perlu kelayakan tertentu, anda semua dialu-alukan. Sesiapa sahaja yang boleh menyumbang dalam mana-mana bahasa (lihat di bawah) boleh turut membantu dalam usaha penyetempatan dalam bahasa yang dipilih.
- Senang saja nak kesan perubahan. Bukan sahaja mesej-mesej yang belum diterjemahkan yang senang dikesan, bahkan juga apabila ada perubahan dalam teks sumber, terjemahan-terjemahan yang terlibat diteg agar mudah dikesan supaya para penterjemah tidak perlu membuang masa untuk mencari-cari di mana perlu diterjemah.
Hidupkan projek perisian anda di translatewiki.net jika belum lagi.
Gambaran keseluruhan kaedah translatewiki.net
- Di translatewiki.net, penterjemah menterjemahkan antara muka perisian untuk produk-produk, yang mana rentetan-rentetan teks bahasa Inggerisnya telah diasingkan daripada kod lalu disusunkan menjadi "mesej-mesej".
- Apabila projek baru datang, mesej-mesej sumber bahasa Inggeris diimport. Mesej-mesej bahasa Inggeris baru yang selanjutnya juga diimport dari semasa ke semasa.
- Sublaman /qqq digunakan untuk pendokumenan pesanan. Pendokumenan ini ditulis secara manual dan biasanya lebih bermutu demi perhubungan yang baik dengan pasukan pembangunan perisian asal. Jika komen-komen kod sumber ialah sebahagian projek perisian, ini juga dipaparkan dalam antara muka penterjemahan.
- Penterjemah boleh membuat cadangan untuk memperbaiki atau membetulkan mesej bahasa Inggeris asal, atau menyesuaikannya untuk menyokong penyetempatan. Jika dipersetujui, ini dilaksanakan oleh ahli-ahli translatewiki.net yang juga pembangun projek berkenaan, atau dilaporkan kepada pembangun projek.
- Terjemahan yang siap untuk setiap bahasa akan "diikat" kepada projeknya oleh kakitangan translatewiki.net, sebaik sahaja jumlah terjemahan projek dalam bahasa itu melepasi takat minimum yang dipersetujui untuk projek itu. Rujuk laman-laman projek untuk mengetahui kekerapan mengikat dan takat minimum setiap projek.
- Pengeluaran perisian dengan penterjemahan yang telah diikat pada projek adalah dikawal dan dilaksanakan oleh pentadbir projek, tanpa penglibatan pihak translatewiki.net.
Hak cipta dan penafian
TRANSLATEWIKI.NET TIDAK MENJAMIN KESAHIHAN
Gunakan terjemahan di translatewiki.net atas risiko sendiri. Terjemahan ini diharapkan berguna tetapi translatewiki.net tidak boleh menjamin kesahihan kandungan yang terdapat di sini.
Translatewiki.net dan para penyuntingnya tidak membuat sebarang jaminan ke atas kandungan walau apa pun, sama ada tersurat, tersirat mahupun berlandaskan undang-undang, tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan yang tertentu, ataupun sebarang jaminan bahawa kandungan ini bebas kesilapan.
Hasil terjemahan oleh para penterjemah berlesen CC-BY 3.0 dan sebarang kerja terbitan (derivatif) juga boleh dilesenkan di bawah lesen projek Bebas dan Sumber Terbuka masing-masing yang diberi sumbangan oleh para penterjemah. Kandungan laman pengguna dianggap "Semua hak cipta terpelihara" oleh pengarangnya. Semua kandungan lain pula dilesenkan CC-BY 3.0 selain dinyatakan dengan jelas adanya lesen atau hak cipta yang berlainan.
Sejarah
Translatewiki.net dibuka pada tahun 2006 sebagai wiki ujian yang dibangunkan oleh Nike, dengan kerjasama Gangleri, sebagai alat pengantarabangsaan untuk perisian MediaWiki. Asalnya ia bernama Betawiki, tetapi namanya ditukarkan kepada translatewiki.net pada awal tahun 2009, berikutan tapak ini dipindahkan ke khidmat pengehosan pelayan maya di bawah nama domainnya sendiri pada 9 November 2007. Pada Oktober 2007, translatewiki.net menyumbang kepada penyetempatan dalam kira-kira 70 bahasa, tetapi pada Jun 2010 ia berkembang kepada 329 bahasa. Betapa banyaknya peningkatan bahasa boleh dilihat dalam jadual peristiwa penting penterjemahan yang diluluskan untuk MediaWiki. Pada Januari 2010, satu penaiktarafan diperlukan pada muatan pelayan untuk untuk menampung peningkatan kegiatan. Netcup dengan bangganya mengehos translatewiki.net sejak November 2007.
Projek-projek bebas dan sumber terbuka yang lain beransur-ansur menyertai translatewiki.net, bermula dengan FreeCol pada Ogos 2007. Pada Jun 2010, bilangan projek yang disokong telah meningkat ke 16.
Para penyumbang translatewiki.net semuanya sukarelawan, kecuali seorang kakitangan yang menerima dana untuk suatu masa (lihat pembiayaan di bawah). Mula-mula, khidmat pembangun, pentadbir dan penterjemah diambil untuk projek-projek MediaWiki, khususnya Wikimedia. Kebanyakan besar penyumbang kami masih datang ke sini melalui MediaWiki, tetapi disebabkan banyak lagi projek yang tiba sepanjang masa, MediaWiki bukan lagi satu-satunya sumber penyumbang. Pada Jun 2010, jumlah penterjemah berdaftar ialah 1,860.
Dengan kerjasama Stichting Open Progress dan FUDforum, translatewiki.net telah mengaturkan beberapa rali penterjemahan yang menawarkan hadiah kepada para penterjemah yang ada untuk meningkatkan penyetempatan MediaWiki dan FUDforum.
- Pada tahun 2008, sebuah pertubuhan bukan kerajaan dari Belanda, Hivos menyalurkan dana melalui Stichting Open Progress. Geran ini dimaksudkan untuk memberikan hadiah untuk para penterjemah dalam senarai 70 hingga 80 bahasa yang dituturkan di Afrika, Asia, dan Amerika Latin yang agak ramai jumlah penuturnya tetapi tidak mendapat sokongan yang memadai di MediaWiki.
- Pada penghujung tahun 2008, satu rali penterjemahan akhir tahun dianjurkan dan terbuka kepada semua penterjemah.
- Pada Ogos 2009, satu lagi rali penterjemahan diadakan dan dibiayai oleh Wikimedia Nederland, cawangan Wikipedia Belanda.
- Wikimedia Nederland juga pernah membiayai rali akhir tahun 2009.
Tujuan-tujuan translatewiki.net diterangkan di halaman Pengenalan. Bantuan teknologi untuk penterjemah diterangkan di laman Teknologi. Bantuan-bantuan ini sentiasa diperluas dan dipertingkat untuk mencekapkan lagi kerja penterjemahan sebaik-baiknya. Keperluan dan pembangunan semasa di tapak ini diterangkan di dan Issues and features.
Pembiayaan
- Translatewiki.net dihos oleh Netcup – webspace and vServer dengan belanjanya sejak November 2007, dengan penaiktarafan pada Februari 2008, Januari 2010 dan Oktober 2013.
- Dari semasa ke semasa, Stichting Open Progress mengadakan pembiayaan untuk rali penterjemahan untuk meningkatkan mutu penyetempatan MediaWiki dan lain-lain seperti yang diterangkan di atas.
- In 2012 the Wikimedia Foundation Language team worked on a project called Translation UX in which the translatewiki.net main page and our translation interface were replaced by modern, professionally designed and user tested versions.
- Niklas Laxström and Siebrand Mazeland are or have been working for the Wikimedia Foundation and have contributed to translatewiki.net during their work time.
Di sebalik translatewiki.net
Pasukan teras
Ahli-ahli pasukan teras terlibat dalam pengendalian seharian translatewiki.net. Mereka juga boleh mencapai pelayan dan bertanggungjawab memastikan segalanya berjalan lancar dengan masalah yang sekurang-kurangnya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman pengguna masing-masing.
We thank the following individuals for their significant contributions:
- Niklas Laxström
- Pengasas, terutamanya kerja pembangunan
- Siebrand Mazeland
- Pengurus komuniti, penyelaras projek, pembangun
- Raimond Spekking
- Komiter penterjemahan untuk MediaWiki, pembangun
Kami juga bergantung pada kerja-kerja yang dilakukan oleh ahli-ahli komuniti yang lain:
- Gangleri – Kasyaf awal, tidak aktif lagi
- GerardM – Duta, publisiti secara hubungan langsung, blog, StatusNet, Twitter
- Semua orang hubungan dalam setiap projek
- Semua penterjemah dan ahli projek lain
Hubungi kami
Anda boleh meninggalkan pesanan di laman perbincangan utama kami di Bantuan. Jika anda lebih gemar akan perbincangan secara langsung, cubalah saluran IRC kami, #mediawiki-i18n di freenode. Walaupun tidak digalakkan, tetapi jika diperlukan atas sebab keselamatan atau privasi, anda boleh menghubungi kami dengan mengirim e-mel kepada "translatewiki AT translatewiki DOT net" - gantikan "AT" dengan "@" dan "DOT" dengan ".", dan juga gugurkan jarak daripada alamat e-mel itu.
- Anda boleh membincangkan isu-isu berkenaan bahasa tertentu dengan para penterjemahnya di laman perbincangan portal bahasa.
- Anda boleh membincangkan isu-isu berkenaan projek tertentu dengan para penyokong dan pembangunnya di laman perbincangan projek itu.
- Anda boleh membincangkan isu-isu dengan seseorang pengguna dalam laman perbincangan penggunanya, atau secara e-mel (klik pautan e-mel di bar sisi laman pengguna), jika mereka telah memilih untuk membenarkan e-mel.