Translating:Statistics/ms
Appearance
Outdated translations are marked like this.
Ini ialah satu himpunan pautan kepada maklumat dan perangkaan tentang translatewiki.net.
Sumber utama perangkaan disediakan oleh tiga laman khas dalam sambungan Penterjemahan:
- Peratusan kelengkapan bahasa di Special:LanguageStats, dan kelengkapan projek di Special:MessageGroupStats,
- Special:TranslationStats merupakan penjana graf yang serba boleh untuk menyukat jumlah suntingan, penterjemah aktif atau pengguna baru. Ia selalunya dibenamkan di pelbagai laman yang dinyatakan di bawah.
Statistik bahasa
- Senarai bahasa yang disokong, dengan nama-nama penterjemah untuk setiap bahasa.
- Senarai bahasa yang disokong, disusun mengikut keluarga bahasa.
- Status penterjemahan semua kumpulan mesej untuk sesuatu bahasa.
Di laman portal terdapat:
- Senarai penterjemah.
- Peta penterjemah yang bertutur dalam bahasa berkenaan.
- Graf kegiatan penterjemahan terbaru.
- Pautan untuk melihat terjemahan terkini dalam bahasa itu.
- Maklumat lain tentang bahasa itu dan sumber penterjemah.
Untuk senarai laman portal, rujuk kategori Bahasa.
Statistik projek
Statistik penterjemahan projek dikemas kini secara masa nyata di Special:MessageGroupStats. Di laman tersebut, anda boleh melihat peratusan kelengkapan terjemahan dalam sesebuah bahasa bagi projek yang terpilih. Di setiap projek terdapat:
- Pautan untuk melihat terjemahan terkini bagi projek berkenaan.
- Statistik peratusan kelengkapan bagi keluaran produk terdahulu (jika ada).
- Statistik peratusan bagi mana-mana hari dalam sejarah.
- Graf kegiatan penterjemahan terkini.
- Peta penterjemah yang menterjemah projek itu dan menyatakan lokasi mereka.
Untuk senarai laman projek, rujuk senarai projek, atau kategori Projek-projek yang disokong.
Statistik pengguna
Statistik translatewiki.net
- Statistik asas mengenai laman-laman, suntingan-suntingan dan pengguna-pengguna di translatewiki.net.
- Maklumat tentang perisian yang digunakan untuk menjana translatewiki.net, termasuk maklumat tentang versi perisian terkini, hak cipta dan sambungan yang terpasang.